PERJANJIAN MINAMATA

Beberapa kegagalan telah dilalui oleh Minamata dalam 50 tahun sejarahnya. Dalam menghadapi kegagalan tersebut, Minamata telah mempelajari betapa sukarnya untuk memulihkan alam semulajadinya yang tercemar dan juga keadaan sosialnya yang terganggu. Dalam menghadapi 50 tahun ke hadapan, kami akan menitikberatkan hubungan kami dengan alam semulajadi, cara hidup kami, aktiviti industri kami dan juga komuniti kami melalui semangat tempatan “Moyai Eyang bermaksud “mengemudi Euntuk kebaikan sejagat di Minamata. Kami akan membina bandaraya yang ikhlas menghargai penduduknya, alam semulajadinya dan juga tempat tinggal kami.

  1. .Minamata menghargai kehidupan.
  2. Apabila kami mengesan perubahan di persekitaran kami, kami tidak akan menjauhkan diri daripada masalah tersebut tetapi sebaliknya menghargai suara hati mereka yang terlibat dan akan menyiasat secara keseluruhan.
  3. Tujuan utama aktiviti industri bukan saja untuk mencari keuntungan tetapi untuk menyokong kehidupan secara berterusan.
  4. Tanggungjawab kerajaan tempatan adalah untuk bekerjasama dengan penduduk setempat dalam membina kehidupan yang bahagia.
  5. Dalam menghadapi zaman materialistik kini, kami akan melahirkan kehidupan yang mementingkan ketuhanan dan kepuasan yang berterusan yang menolak amalan pembaziran.
  6. Dengan mempelajari kesalahan kami yang lalu, kami akan mengenalpasti kesalahan yang dilakukan dan akan bertindak dengan tulus untuk memperbaikinya.
  7. Dalam mengenang semula pengalaman yang lalu dan memandang ke masa hadapan, kami akan mendengar suara hati/pendapat golongan minoriti dan akan berusaha dengan gigih dalam membina komuniti kami melalui usaha sama kami.
  8. Dengan mengajar pengalaman Penyakit Minamata adalah untuk mengajar mengenai kepentingan kehidupan.

コメントは停止中です。